POPULASI PENDUDUK KAMPUNG HILIR

Kampung Hilir merupakan sebuah perkampungan yang rata-ratanya penduduk berbangsa Melayu. Kampung ini terletak tidak jauh dari Bandar Sri Aman iaitu lebih kurang 1km sahaja. Banyak kemudahan-kemudahan yang terdapat di Kampung ini contohnya,mempunyai jalan raya yang berturap,Masjid,Tadika,Balai Raya,Pusat Kegiatan Aktiviti Kanak-Kanak(bersebelahan dengan NADI Kg Baru Hilir) dan banyak lagi kemudahan lain.

Keseluruhannya penduduk Kampung Hilir dianggarkan berjumlah 2,226 orang. Berikut merupakan pecahan penduduk mengikut bahagian kampung masing-masing.

Pecahan Kampung  Jumlah Penduduk (orang) 
 Kg.Masjid Baru  325
Kg.Haji Undom(Kg.Baru Hilir)  985
 Kg.Datok  285
Kg.Tanjung Engkabang 631
Jumlah 2,226 Orang

                                                                                                                 Kemaskini @Ogos2023

 

MAKLUMAT AHLI PARLIMEN

 Maklumat Ahli Parlimen

 

YB Tuan Mohamad Sahafizan Haji Kepli
P.201 Batang Lupar 
sumber : www.parlimen.gov.my
 Maklumat Ahli Dewan Undangan Negeri
YB Puan Dayang Noorazah Bte Awang Sohor
N.28 Lingga
sumber : duns.sarawak.gov.my