MAKANAN/KUIH TRADISI (KUIH JALA)

KUIH JALA amat terkenal di Kampung ini sejak turun temurun lagi dan ia meruapakan sejenis kuih tradisional mereka. Kuih ini dibuat tidak semasa hari perayaan sahaja malah dibuat untuk dijual untuk hari-hari biasa. Pembuatan ia amatlah unik dimana acuannya diperbuat daripada tempurung kelapa yang sudah ditebuk ditengahnya dan disilang dengan sebatang kayu kecil sebagai tempat untuk memegang dan memudahkan penghasilannya.