TEMPAT BERSEJARAH & REKREASI DI BANDAR SRI AMAN
1/ KUBU ALICE
a) Latar Belakang-
- terletak tidak jauh dari bandar Sri Aman dan merupakan sebuah bangunan yang mempunyai dua tingkat
- kubu ini dibina dengan sejenis kayu yang sangat keras di Sarawak pada masa itu yang dicat menggunakan warna putih
- meriam-meriam besar telah diletakkan di sekeliling kubu ini yang bertujuan untuk digunakan semasa berperang dengan musuh tempatan
b) Sejarah Bangunan-
- merupakan satu-satunya peninggalan sejarah yang ada di bandar Sri Aman
- ia juga merupakan salah satu bangunan yang tertua di Sarawak
- Kubu Alice asal sebagai Kubu James
- Dibina pada tahun 1849 di Daerah Skrang
- telah dipindahkan oleh Charles Brooke ke tempat sekarang pada tahun 1864 memandangkan kedudukannya yang strategik
- selepas dipindahkan,ia dinamakan sebagai Kubu Alice yang mengambil sempena nama isteri beliau iaitu Ranee Margaret Alice
2/ TAMAN PANORAMA BENAK
(Lokasi - berhadapan dengan Pejabat Residen Bahagian Sri Aman ataupun bersebelahan dengan Kubu Alice)
Tempat ini dibina sebagai tempat riadah dan santai kepada pengunjung yang datang terutamanya bagi menyaksikan keadaan air pasang besar yang di panggil Benak.
3/BENAK
Apa yang menarik nya di Bandar Sri Aman atau lebih dikenali dengan nama Simanggang? Sememangnya Simanggang terkenal dengan fenomena semulajadi iaitu Benak. Faktor yang menarik inilah...makanya setiap tahun akan diadakan Pesta Benak secara besar - besaran.
4/TEMPAT MAKAN
(Lokasi- berhadapan dengan PI1M Kg.Baru Hilir)